Monday, July 22, 2019

BLOGGING & POTLUCK MAESTRO (2)


Sebelum pakai mask harus bersihkan muka dahulu. Kemudian kenali jenis kulit muka kita.

Untuk Mira kulit jenis normal so pakai yang warna emas Hydrating gel.

Aeina & Syaza kulit muka jenis berminyak jadi deorang guna Purifying clay mask.

Haaaaaa, ada sorang kulit muka dia unik bermaksud kombinasi kering & berminyak jadi Lea pakai kedua dua sekali.




Model of the year. Hihihi



Warna emas ialah  Hydrating gel mask.
Warna hitam pula Purifyng clay mask.


Dah siap semua pakai masker. Waaaahh rupa macam ni pun kami masih cantik. Pakai selama 10 minit. Jadi sementara tunggu kami pun selfie berjemaah. Kontra warna masker itu sendiri menaikkan seri pemakainya.



Siap cantik - cantik nak pergi mana tu ?



Masa ni kulit muka rasa tegang tidakbalas dari pakai masker & ada keluar "balck head"


 Kami sudah bermasker Youth, anda bila lagi ?

Time out sepatutnya 10 minit tapi anak - anak dah mula merengek kepenatan sampai terlebih masa.

Selepas cuci muka memang terasa kulit lembut yang tak boleh bawak bincang ! Black head ke white head ke semua mencanak berlari ketakutan.

Pada masa sama dah boleh  buat "home spa" kat rumah. 

Boleh pakai ikut keperluan korang. Pakai semingu sekali boleh, pakai hari - hari boleh, pakai selang seli pun boleh.

Nak tahu lebih lanjut tentang Youth Mask ?

Bersambung ke entry seterusnya.










Next
This is the most recent post.
Older Post

1 comment: