Tuesday, September 18, 2018

AKTIVITI ANJURAN SHAKLEE(4)


HEALTH AND WELLNESS TALK 2018 (4)

- Setelah selesai pergi pula ke segmen seterusnya di mana Puan Sarah menerangkan
tentang 2 produk baru yang akan dikeluarkan pada bulan Oktober.
- produk tersebut ialah Eye gel & vitamin Zink. Puan sarah memberitahu serba sedikit tentang
info.Haaaa..nak tahu lebih lagi tunggu entry seterusnya.. ; )
- Selepas itu ada aktiviti bersenam khusus unutk ibu mengandung tapi orang biasa pun boleh
buat.
- Bersenam selama 15 minit.Fuuhhhh!!!berpeluh jugaklah. Semua peserta gembira dengan
aktiviti yang di jalankan.



Seronok bersenam beramai - ramai

- Selesai bersenam. Rehat 5 minit.
- Kemudian segmen terakhir segmen soal jawab.Sesi soal jawab dibuka pada para peserta        jika ada sebarang kemusykilan tentang produk.
- Selesai sudah. Sebelum balik para peserta diberi tablet Ostematrix. Memang sesuai 
  sangat!.Balik rumah boleh makan untuk kurangkan rasa lenguh badan dan rasa segar 
  bangun pagi esok.



Bergambar kenangan bersama speaker dan para peserta


- Pengalaman pertama mengikuti ceramah kesihatan anjuran Shaklee. banyak info-info yang dikongsikan.
- Puan Sarah selaku speaker sangat peramah dan sudi menjawab setiap persoalan yang di ajukan.
- Kata beliau bulan depan akan ada lagi ceramah kesihatan. Ok, bubu pasti akan hadir.



Bergambar kenangan bersama Puan Sarah, pakar nutrisi wakil Shaklee.



Continue Reading

AKTIVITI ANJURAN SHAKLEE(3)



HEALTH AND WELLNESS TALK 2018 (3)

- masing-masing bersemangat membentangkan point yang telah di catat di selang seli dengan
soalan yang di ajukan oleh Paun Sarah untuk menguji daya ingatan para peserta.
- setelah selesai Puan Sarah mengumumkan kumpulan 2 memenangi acara tersebut.


Kumpulan 2 memenangi acara berkumpulan


- Setiap ahli kumpulan mendapat hadiah berupa "shopping beg" Shaklee. Warna hijau.Cantik!
- Semua yang menyertai seronok dengan hadiah yang di terima.



Sesi penyampaian hadiah kepada ketua kumpulan


Continue Reading

AKTIVITI ANJURAN SHAKLEE(2)


HEALTH AND WELLNESS TALK 2018 (2)

- Seterusnya di adakan aktiviti berkumpulan. Speaker minta ahli di bahagi ke 3 kumpulan.
Kami di minta untuk senaraikan kebaikan kalsium.
- Semua bekerjasama mencari kebaikan kalsium. Semua baru pertama kali berjumpa tapi
sudah serasi.
- Tamat masa selama 15 minit dan ketua kumpulan di minta membentangkan hasil kerja.




Bekerjasama mencari kebaikan kalsium


Pertama kali berjumpa tapi semua boleh beri kerjasama.


Ni kumpulan saya sedang membentangkan hasil perbincangan



Continue Reading

AKTIVITI ANJURAN SHAKLEE(1)


HEALTH AND WELLNESS TALK 2018 (1) Pada 4 september 2018 hari Selasa yang lalu berlangsung ceramah "Health and Wellness Talk" yang di adakan di Hotel Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Event pertama anjuran Shaklee yang Bubu akan pergi. Hati ni rasa seronok sangat! Bincang baik - baik dengan encik suami dan beliau benarkan dengan syarat beliau dan anak-anak ikut sekali.Syukur event Shaklee memang benarkan bawa ahli keluarga. Ceramah mula pada pukul 8.30 malam sehingga 10.00 malam. Jadi kami keluar awal,singgah pasarmalam untuk tapau makanan bawak bekal. Walaupun jarak dari rumah ke Bangi Gateway dalam 10 minit tapi untuk elak kesesakan lalu lintas kami keluar awal. Sampai di Bangi Gateway kami bergilir gilir solat dan jaga anak-anak. Selesai semua kami terus menuju ke Hotel Bangi Gateway yang terletak di tingkat 1.





Speaker pada malam itu ialah Puan Siti Sarah iaitu Pakar Nutrisi dari Shaklee. Ramai juga ahli yang hadir bersama ahli keluarga.Meriah! 

Antara topik yang di sampaikan ialah :

- ceramah tentang ibu hamil, perjalanan mengandung selama 9 bulan, nutrien yang 
  diperlukan untuk kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan.
- info mengenai vitamin yang perlu di ambil oleh ibu mengandung.
- cabaran semasa mengandung.



Ceramah berkenaan kalsium khusus untuk ibu mengandung








Continue Reading

Monday, September 17, 2018

KELEBIHAN JADI AHLI SHAKLEE

KELEBIHAN JADI AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga hari-hari anda luar biasa indah.
Seperti yang sedia maklum, bubu terbuka hati untuk jadi ahli Shaklee sebab rasa nak tahu.

Nak tahu apa yang akan dapat kalau jadi ahli?

Nak tahu macamana kawan baik Bubu boleh bertahan dalam bisnes ni selama bertahun?

Nak tahu macamana dengan bisnes shaklee boleh dapat reward?

OK. Di sini Bubu nak cerita serba sedikit cara-cara menjadi ahli,

CARA-CARA MENJADI AHLI

Terdapat 2 cara untuk menjadi ahli :

1) Pembelian produk Shaklee lenih kurang RM 700 akan mendapat free membership.

2) Bayar yuran ke ahlian iaitu RM 75 untuk mendapat Set Member Kit dan postage.

Setakat ni semua faham?ok bagus! Seterusnya Bubu akan terangkan 5 kelebihan menjadi ahli Shaklee.

5 KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1) CASH (TUNAI)
    - Penjimatan dengan belian harga ahli. dah beli produk dapat lagi bonus bulanan. Sape nak 
      bagikan ; )

2) SISTEM DROPSHIP TANPA MODAL
    - kita hanya perlu menguruskan bahagian pengiklanan, berurusan dengan 
      pelanggan,membuat pembaran. Pengeposan pihak Shaklee akan uruskan.

3) TRAINING
    - Training di sediakan secara online dan offline mengenai apa matlamat dan tujuan utama kita ingin berbisnes Shaklee.

4) KERETA
   - setelah anda dapat mencapai tahap dan berjaya mengumpul point,pihak shaklee akan berikan wang tunai untuk "car bonus".

5) INTERNATIONAL TRIP
   - dapatkan mata ganjaran yang akan membolehkan anda dan ahli keluarga melawat ke destinasi yang hebat di seluruh dunia serta mendapat pengiktirafan dan ganjaran wang tunai untuk tahap pencapaian anda sepanjag tahun.





Untuk info & order produk Shaklee boleh hubungi saya di  www.wasap.my/60187762832
fb - Alifatul Amirah
ig - Alifatul Amirah
Pengeposan ke seluruh Malaysia.

Continue Reading

Sunday, September 16, 2018

TESTIMONI OSTEMATRIX

3 SEBAB SAYA SUKA OSTEMATRIX

1) Bangun dari tidur sepantas kilat!
2) Melancarkan pembuangan air besar.
3) Pengganti susu.

                                                                                                        - Puan Ida Rashid-





1) Tiada lagi masalah sembelit.
2) Tidur lena,bangun pagi rasa fresh.
3) Badan dah tak lenguh.

                                                                                                        - Puan Liyana Nur Fithal-



1) Bangun pagi kaki tak "cramp".
2) Sakit senggugut dah kurang.
3) Malam tidur lena. Lawas waktu pagi.

                                                                                                                 - Puan Hurul Ain-




Untuk info & order produk Shaklee boleh hubungi saya di  www.wasap.my/60187762832
fb - Alifatul Amirah
ig - Alifatul Amirah
Pengeposan ke seluruh Malaysia.


Continue Reading

Friday, September 14, 2018

SIAPA YANG PERLUKAN OSTEMATRIX.


SIAPA YANG PERLU OSTEMATRIX

1) Insomnia

     - Ostematrix sesuai untuk orang yang sukar tidur. Bila tidur tak lena badan akan cepat letih.  
        Perasaan untuk memulakan hari yang baru akan luntur dan tak bersemangat.

     - Kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan 
       terbaik dalam menyumbang tidur yang lena,


2) warga tua

    - Menjelang umur 30 an tulang mula kehilangan kalsium yang telah di bina selama ini. Punca 
      daripada itu terjadilah osteoporosis di mana tulang kian merapuh kerana sudah kurang 
      kepadatan.

    - Seterusnya akan muncul lah sakit-sakit sendi,ketegangan,bengkak,lenguh dan berkeriut.

    - tulang memerlukan lebih daripada kalsium untuk mengurangkan gejala-gejala 
       osteoarthritis.


3) Aktiviti lasak

   - Sesuai untuk golongan yang suka melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung,lari 
     merentas desa,ahli bina badan.Apabila selesai melakukan aktiviti mesti akan terasa sakit-
     sakit dan lenguh2 badan.

  - Hal ini terjadi kerana penggunaan sendi yang berlebihan. Sendi-sendi menjadi lebih keras 
    dan kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi-sendi mungkin berkurang dan tulang rawan mula 
    bergesel antara satu sama lain dan meyebabkan kesakitan.



4) Ibu hamil

    - ketika hamil, bayi akan mengambil sedikit kalsium dari tulang ibu. Ini akan mengakibatkan 
      daya tahan kalsium ibu berkurangan. Sehubungan dengan itu ibu perlu sentiasa 
      menambah pengambilan kalsium dalam menu diet harian.

    - mengandung!yup! Ibu akan kehulur hilir membawa perut yang besar. Kegigihan ini 
      memang di kagumi tapi bila dah sampai di rumah akan mula terasa sakit-sakit dan lenguh 
      badan!

    - Sembelit!owwhhh NO!memang seksa!(bagi yang pernah merasa). Terdapat beberapa 
      faktor penyebabnya iaitu najis yang terlalu keras, angin dalam badan, kurang cecair dalam 
      badan, kurang zat besi.

    - Magnesium berperanan melegakan otot dalam usus yang membantu untuk mewujudkan 
      pergerakan yang lebih baik dan lancar.

    - ia juga berfungsi untuk menyerap air ke dalam kolon seterusnya melembutkan najis dan 
      melancarkan pembuangannya dari badan.

5) Senggugut

    - Salah satu simptom yang selalu di alami oleh kaum wanita. Bila ia menyerang memang 
      sakit dan tidak selesa.

    - Kalsium dan magnesium membantu memperbaiki masalah ini. Ia membantu meringankan 
      sakit waktu haid, mengawal depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam serta 
      menggalakkan tidur yang lebih lena. 


6) Ibu menyusu

- Penyusuan susu ibu akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap kalsium. Sebab itu, para ibu memerlukan pengambilan kalsium yang lebih efisien dan konsisten.





Continue Reading

JOM KENAL DENGAN OSTEMATRIX

ADA APA  DENGAN OSTEMATRIX?

Anda memerlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang kuat. Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda, kerana itulah amat penting untuk anda memastikan ia kekal kuat dan sihat. Tubuh anda membina tulang baharu dengan pantas, tetapi apabila umur anda meningkat kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang di bina. 

Hakikat inilah menjadikannya penting untuk anda membekalkan tulang anda dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti.

Terdapat 7 nutrien dalam Ostematrix iaitu :

1) Kalsium
    - Bahan asas untuk membina tulang.

2) Magnesium
    - Membantu menghantar kalsium kepada tulang.

3) Boron
    - Membantu metabolisme tulang

4) Vitamin D
    - Merangsang penyerapan kalsium.

5) Kuprum, Zink & Mangan.
    - Mengaktifkan enzim yang membantu menigkatkan kepadatan tulang.






  Ostematrix membantu pembinaan tulang dan gigi yang kuat  





Menjelang umur 30 an tulang samakin kurang kepadatan dan akan  menjadi semakin rapuh



4 biji tablet Ostematrix = 4 gelas susu kalsium tinggi  =  320 biji kacang badam





Untuk info & order produk Shaklee boleh hubungi saya di  www.wasap.my/60187762832
fb - Alifatul Amirah
ig - Alifatul Amirah
Pengeposan ke seluruh Malaysia.


Continue Reading

NAK SIHAT KENA KUAT!

NAK SIHAT KENA KUAT!

en.suami yang kenalkan Ostematrix kat bubu.dah la jenis yang payah nak telan ubat!kenal pulak dengan orang jenis ambil berat.

Mula dapat  penyakit buasir masa belajar. Bila dah berkawan,apa kawan makan semua nak rasa. Sampai masuk ke bidang pekerjaan pulak,Bubu hari2 bawak bekal. Bekalnya ialah ayam goreng segera yang pedas dengan nasi putih. Hari - hari bawak bekal yang sama sebab cepat di sediakan.

 Lama selepas tu, masa nak 'membuang' rasa pedih.sakit buasir masa tu memang dah tahap kritikal.nak "melabur" fobia,duduk tak selesa & sampai tak boleh tidur.

tinggal menyewa dengan adik Faridatul IdRis .kami sama2 pergi hospital.masa tu adik Amey Idris ada sekali temankan.

selesai checkup,doc bg ubat lagi.

bila dapat tahu tentang hal ni,beliau cadangkan makan Ostematrix & pada masa yang sama jaga pemakanan. Bubu stop dulu makan makanan pedas, banyak makan buah & minum air jarang banyak2(air jarang = air masak)

360 darjah tukar gaya hidup.makan makanan yang "baik2".serik tanggung sakit.

dengan izin-Nya bubu beransur sihat.gembira sebab tak perlu takut pergi tandas lagi.



iKhlas,

Alifatul Amirah

Petaling Jaya ~2013 ~






Testimoni Ostematrix






Continue Reading

DETIK PERMULAAN MENGENAL SHAKLEE.

DARI PERKENALAN ITU.
.
bermula awal tahun 2013,jodoh dah seru!bermula dari kawan pm kat fb terus ke meja makan beradab.
masa bercinta en.suami ni seorang yang suka ambil berat tentang kesihatan.kalau kat pm penuh dengan nasihat.

to be honest,bubu seorang yang susah nak telan ubat.masa kecik dulu ibu siap tumbukkan panadol supaya senang nak telan.

tinggal di perantauan jadi makan mana sempat je.masa ni penyakit amek peluang🤒

bubu ada buasir,alergic & mabuk bila naik kenderaan.masa tu gigih pergi kerja naik tren

jadi ada la bercerita keadaan kesihatan bubu kat en.suami.dia lah insan yang pertama kenalkan Shaklee.

bubu makan Esp,Alfalfa,Lecithin & Ostematrix.masa tu makan fikir nak sihat je.

so makan semua yang di atas tu,memang terasa kesannya.yang paling best naik kereta dah tak mabuk!happyyyyyyyy!!!

momen tu yang melekat kuat sampai sekarang yang membuatkan bubu yakin untuk stay consume Shaklee.

dan sekarang...momen tu datang kembali tapi dengan tujuan untuk berkongsi rasa,menyebarkan kebaikan tentang penting pengambilan supplement.


Ikhlas,
Alifatul Amirah.



                                                   
                                                                ~Bukit Broga 2013~
Continue Reading

Wednesday, September 12, 2018

Promosi Shaklee Untuk Bulan September 2018

Untuk bulan September ini Shaklee meneruskan promosi yang berganda - ganda.Antara promosi yang patut anda dapatkan Set Pre Natal,Ostematrix,Baby set & Set Youth.

Promosi  Shaklee September 2018
1. Ostematrix beli 3 botol dapat diskaun 5% .

  - ia tablet yang bukan hanya sekadar Kalsium. Ia turut mengandungi 6 nutrien penting termasuk Vitamin D,Magnesium,Zink,Kuprum,Mangan & Boron untuk membantu membina ketumpatan tulang.

- Ostematrix ini sesuai untuk ibu mengandung, senggugut, ibu menyusu,golongan yang sukar tidur(insomnia), warga tua dan orang2 yang suka melakukan aktiviti lasak.

2. Set Youth free clense & firm device.

- Set Youth merupakan set yang di buat dari bahan - bahan semulajad serta ia bebas dari 1500 bahan terlarang.. Ia dikeluarkan pada umum setelah 8 tahun penyelidikan & mempunyai 8 paten.Bermakna bahan yang terdapat di dalam Youth ini hanya boleh didapati dari Shaklee.



3. Set Shaklee Baby buy 1 free 1.

- Dalam set ini terdapat mandian,losyen & massage oil.Set ini telah di uji oleh Pakar Kanak - kanak. Ia tidak memedihkan mata tau.Jadi anak - anak boleh mandi dengan gembira. Ibu pun senang hati.  Bahan - bahan yang di gunakan adalah dari sumber bahan semulajadi.


4. Set Kehamilan.

-  Set yang paling di gemari oleh para ibu - ibu mengandung kerana dapat membekalkan nutrisi yang baik & meningkatkan peluang untuk hamil serta membina asas yang sihat untuk bayi.


- Set ini melengkapi jurang nutrisi & menyokong kahamilan yang sihat.Untuk ini anda akan dapat free beg "Why I Love Shaklee". Boleh la  bawak beg tu pergi jalan - jalan.



Untuk info & order produk Shaklee boleh hubungi Mira di  www.wasap.my/60187762832
fb - Alifatul Amirah
ig - Alifatul Amirah
Pengeposan ke seluruh Malaysia.





Continue Reading

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum,

Saya Mira.boleh panggil Bubu sebab anak panggil nama tu.lebih mesra kan.

Ni pertama kali kenal blog. Tujuannya untuk lebih dekat dengan sahabat di alam maya. Bak kata orang "jauh di mata dekat di hati"

Saya mempunyai dua orang anak, yang sulung perempuan. Umur 2 tahun. Jannah Ardini nama di beri.Anak nombor 2 berumur 4 bulan. Muhammad Syahmi.

Dua budak banyak akal ni lah yang jadi penyeri hidup saya & suami. Senang hati melayan gelagat anak - anak. Hilang rasa penat.



Ikhlas,
Alifatul Amirah

Continue Reading