Monday, January 14, 2019



TAHUN BARU 2019

Assalamualaikum semua.Salam ukhwah.

 Sihat ke tu?Taknak sakit nanti Mira taknak sayang.hihihi.gurau..

Harap tak terlambat nak ucap selamat tahun baru pada semua. Azam yang tak tercapai pada tahun lepas boleh di bawa ke depan.Jangan dilupakan terus supaya ia menjadi titik tolak yang kita pernah ada impian dulu.






IMPIAN VS AZAM.

APA ITU IMPIAN?

Semua orang ada impian bukan?

Ini antara impian Mira :

 Impian nak ada rumah sendiri.
 Impian nak merasa bonus Shaklee.
 Impian nak jadi penjual kuih tradisional terkenal.
 Impian nak belikan Jannah basikal.
 Impian bercuti ke tempat sejuk.


Tapi,apakah kita tahu maksud sebenar impian?
.
Baiklah.di sini Mira nak kongsi maksudnya. Impian bermaksud sesuatu yang betul-betul kita inginkan samada dalam waktu terdekat ataupun jangkamasa panjang.

Ia juga merupakan satu hasrat yang kita ingin capai.Impian ini pada asalnya lahir dari cita-cita.

Seseorang yang mempunyai impian akan merasakan hidup lebih bererti kerana ada sesuatu dalam hidup yang ingin di capai dan akan berusaha lebih kuat.




APA ITU AZAM?

sekarang Mira nak kongsi tentang makna Azam.Apa itu azam?nama orangkah? 

Azam Mira pada tahun 2019 :

Azam nak kurus (antara azam paling popular setiap tahun)
Azam nak lebih berjimat.
Azam nak update blog seminggu 2 kali.
Azam nak jana income dari bisness online.
Azam nak urus masa lebih bijak.
Azam nak jadi HambaNYA dengan lebih baik.

Maksud sebenar azam ialah suatu keinginan,kemahuan yang ingin dicapai sungguh-sungguh. Dengan adanya azam kita akan jadi seorang yang sentiasa positif capai target tersebut.

Kita juga akan merasa puas apabila azam untuk sebulan atau setahun yang kita peruntukkan berjaya di buat. Ia akan menjadi "stepping stone" untuk capai azam yang lain.

Pendek kata impian dan azam saling berkait rapat dan bergantung antara satu sama lain.Bila ada impian maka akan terciptalah azam kita.

Usaha.yang lain serah pada DIA.

Kuatkan hati.Kuatkan semangat.Jangan hangat-hangat tahi ayam.

p/s : Mira doakan impian dan azam kawan-kawan akan tercapai pada tahun ni,sama-sama kita berusaha.FIGHTING!






2 comments:

  1. Semoga impian2 mu jadi kenyataan.aamiin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah.Siap 1 entry.Antara salah satu azam tahun ni nak update blog.Task dari Leader seminggu update 3 entry,mean 2 more entry to go.Yakin boleh!

    ReplyDelete