Tuesday, September 18, 2018

AKTIVITI ANJURAN SHAKLEE(1)


HEALTH AND WELLNESS TALK 2018 (1) Pada 4 september 2018 hari Selasa yang lalu berlangsung ceramah "Health and Wellness Talk" yang di adakan di Hotel Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Event pertama anjuran Shaklee yang Bubu akan pergi. Hati ni rasa seronok sangat! Bincang baik - baik dengan encik suami dan beliau benarkan dengan syarat beliau dan anak-anak ikut sekali.Syukur event Shaklee memang benarkan bawa ahli keluarga. Ceramah mula pada pukul 8.30 malam sehingga 10.00 malam. Jadi kami keluar awal,singgah pasarmalam untuk tapau makanan bawak bekal. Walaupun jarak dari rumah ke Bangi Gateway dalam 10 minit tapi untuk elak kesesakan lalu lintas kami keluar awal. Sampai di Bangi Gateway kami bergilir gilir solat dan jaga anak-anak. Selesai semua kami terus menuju ke Hotel Bangi Gateway yang terletak di tingkat 1.





Speaker pada malam itu ialah Puan Siti Sarah iaitu Pakar Nutrisi dari Shaklee. Ramai juga ahli yang hadir bersama ahli keluarga.Meriah! 

Antara topik yang di sampaikan ialah :

- ceramah tentang ibu hamil, perjalanan mengandung selama 9 bulan, nutrien yang 
  diperlukan untuk kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan.
- info mengenai vitamin yang perlu di ambil oleh ibu mengandung.
- cabaran semasa mengandung.



Ceramah berkenaan kalsium khusus untuk ibu mengandung








0 comments:

Post a Comment